We are very touched by this testimonial written by one of our recent graduated Professional Fashion Jewellery Design Level II student, Mariah Nawawi
She even did a very nice report for her homework that she had done throughout the learning 🥰

Mariah, we are proud of you too !❤️
“Saya seorang Pesara kerajaan yang bergiat aktif dibidang kraftangan bahagian aksessori wanita seperti gelang, rantai leher, anting-anting yang berasaskan manek. Hasil kerjatangan ini adalah untuk kegunaan sendiri dan dipasarkan kepada rakan-rakan setempat.
Melalui pembelajaran kendiri dari kemudahan “Youtube” dan melalui cubaan “try & error” terhasil produk aksessori untuk kegunaan sendiri dan dipasarkan kepada rakan-rakan rapat. Penggunaan bahan mentah dari pembekal tempatan dan pembelian “online” dapat menampong keperluan pembuatan tetapi kualiti bahan sering menjadi persoalan sendiri. Adakalanya perubahan warna bahan dan cara pembuatan yang kurang sempurna merencatkan usaha pemasaran produk walaupun idea,kreativiti dan design produk saya tidak dipersoalkan.
Seorang kawan memperkenalkan kelas hobby Elegent Jewellery Studio/ EJS melalui FB posting mereka. Saya terbang ke Kuching dari Bintulu untuk mengikuti kelas hobby EJS yang pertama pada 13 April 2019.
Tamat kesemua kelas hobby……
Tingkatkan pengetahuan dan skill ke Level 1 Professional Fashion Jewellery secara online bermula pada 8 August 2020( kerana MCO) dan tamat…
Mengikuti online Level 2 Professional Fashion Jewellery bermula pada 27 January 2021 dan tamat ….
EJS melalui founder Puan Angie Ang dan tenaga pengajar mereka menyedarkan saya tentang kualiti bahan diguna dan cara/teknik pembuatan yang lebih teguh dan terbaik. Ini ternyata dari produk yang saya hasilkan . Bilangan penggemar design saya bertambah dan pembeli serta yang meminta “custom made” aksosseri saya meningkat.
Founder Angie Ang tidak lokek ilmu,sentiasa rela hati mengajar cara teknik terbaik dan berkongsi pengetahuan semasa online kelas walaupun ada malam-malam nya waktu tamat kelas sudah berlalu.
Pada waktu-waktu lain sekiranya ada masaalah pembuatan atau ketidak-fahaman saya tentang jewellery making, beliau sentiasa akan menjawap panggilan atau whatsapp dari saya untuk menjawap ketidakpastian tersebut.
Kerapkali EJS juga mengadakan vanue perkongsian ilmu tentang pelbagai topic yang berkaitan dengan “gemstone” dan hal-hal lain yang membawa kepada kesejahteraan hidup melalui “live” di Fb dan sessi-sessi mesyuarat zoom dengan membawa individu professional dalam bidang masing-masing. Semua ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan skill.
EJS juga membentuk group “Jewellery Making Biz Mentor” untuk sekumpulan graduate professional level 2 bertujuan membimbing 8 individu ini memulakan dunia perniagaan berkaitan jewellery, bimbingan yang diberi sangat membantu kami yang baru dalam bidang perniagaan ini.
Segala pengetahuan dan skill yang saya dapati dari EJS tidak ternilai harga nya. Founder Angie yang funny,santai yet elegant with a heart of gold membuat semua that she touch their life feel at “home” and “appreciated” .May Allah bless you & family always Angie. So do those people working together with her; Elsey, Ken,Venus , thank you so much.
Apabila peluang datang untuk saya memperkenalkan EJS kepada rakan se hobby, saya memang strongly recommend mereka untuk mengikuti kelas-kelas EJS tanpa ragu.
EJS terbaik!’
If you would like to be another great students, chat with us 🤩
WHATSAPP US